Rancangan
Felda Taib Andak adalah rancangan
sawit yang tertua di negeri
Johor terletak dalam mukim
Senai,
Daerah Kulai,
Johor,
Malaysia. Rancangan ini telah dibuka pada tahun 1960. Rancangan ini terletak di
Daerah Kulai,
Johor,
Malaysia.Felda Taib Andak yang nama asalnya adalah Kampung Bahagia adalah rancangan tanah kerajaan negeri yang dibangunkan oleh
FELDA dengan menempatkan 620 keluarga peneroka. Felda Taib Andak juga kini termasuk di dalam kawasan Wilayah Pembangunan
Iskandar Malaysia.Felda Taib Andak mendapat nama daripada nama pengerusi kedua
Felda iaitu Tan Sri
Taib Andak. Rancangan tanah ini yang pertama ditanam dengan kelapa
sawit di Malaysia dan hanya merupakan projek kerajaan negeri Johor yang dinamakan Kampung Bahagia. Tetapi pada tahun 1963, kerajaan Pusat melalui Felda telah mengambil alih projek ini. Projek lain ialah
Felda Pasir Raja (1962) dan
Felda Bukit Besar (1964).Pada
22 Ogos,
1971 Sultan Johor iaitu
Sultan Ismail ibni Sultan Ibrahim telah merasmikan bangunan
Felda Taib Andak.Ahli Dewan Undangan Negeri bagi kawasan ini ialah Y.B Tuan Hj. Kamaruzzaman bin Ali (ADUN
Bukit Permai) manakala Ahli Parlimen ialah Y.B. Tan Sri Ong Ka Ting (Parlimen
Kulai). Ketua Kampung ini ialah YBhg Tuan Haji Mohd Hanafiah Bin Haji Hussain yang juga merupakan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Kampung ((JKKK)) Felda Taib Andak sejak 2001-kiniFelda Taib Andak berada di kedudukan yang strategik, berhampiran dengan kawasan pembangunan utama seperti
Kulai, Kota Tinggi,
Ulu Tiram, Johor Bahru dan
Kluang, rancangan ini mempunyai potensi untuk dimajukan sebagai kawasan pembangunan di masa akan datang. Seluruh peneroka Felda Taib Andak telah menerima geran tanah kekal.Penyanyi popular yang lahir menerusi Rancangan Realiti Akademi Fantasia "Mawi" atau nama sebenarnya Asmawi Ani adalah anak kelahiran Felda Taib Andak. Beliau digelar Raja SMS kerana menerima undian terbanyak yang melayakkan beliau merangkul juara pada Akademi Fantasia Musim ke 3. Pelakon Que Haidar juga berasal dari FELDA Taib Andak.